Pengayuh Kembara Solo KL-China Maut Kemalangan Jalan Raya


Pengayuh solo, Sheikh Kharleez Bamadhaj, pernah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila berjaya merentasi dunia dibawah program Ekspedisi Berbasikal Solo ke China pada tahun 2014. Dia mengayuh sejauh 4,593 km dari Kuala Lumpur ke Kunming, China.

Semalam pengayuh ini mengalami kemalangan jalan raya yang kritikal dan meninggal dunia di Lebuhraya Utara-Selatan sebelum persimpangan Rawang. Dia keseorangan menunggang motorsikal jenis Kawasaki Ninja dari Sungai Buloh ke Rawang.


Hilang kawalan


Menurut Penolong Ketua Polis Gombak berkata mangsa hilang kawalan semasa menunggang motorsikal dan terbabas lalu melanggar sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu 2 lelaki pertengahan umur. Mangsa mengalami kecederaan kritikal di bahagian kepala, badan dan kaki.

Kritikal


Mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat manakala 2 pemandu lelaki Proton Saga tadi dibawa ke hospital yang sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut pihak polis, terdapat kesan brek motorsikal ditengah jalan sepanjang 50 meter. Motorsikal milik mangsa mengalami kerosakkan teruk dan Proton Saga tersebut mengalami kerosakkan pada bahagian depan kenderaan.

Credit: MalaysianDigest
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==